Sunday 13 April 2014

FiT dapat sambutan hebat

FiT dapat sambutan hebat

Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my
12.Apr.2014


Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Badriyah Abd Malek berkata, peruntukan kuota sebanyak 5 MW yang diperkenalkan tahun ini merangkumi institusi pendidikan awam, rumah ibadat serta rumah kebajikan di seluruh negara. “Kita menjangkakan menerima kira-kira 100 permohonan bagi kategori berkenaan daripada kumpulan itu. “Langkah memperkenalkan kategori baru ini dibuat selepas kita menerima banyak permintaan daripada pihak berkenaan yang mahu terbabit dengan FiT,” katanya ketika ditemui media selepas taklimat berkenaan permohonan bagi FiT 2014, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi SEDA Malaysia Dr Ali Askar Sher Mohamad.
Pada 2 April lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengumumkan permohonan kelulusan FiT untuk Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dibuat bermula 2 Mei ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata, jumlah kuota FiT diperuntukkan untuk operasi komersial pada akhir tahun ini adalah 65 MW meliputi sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti biogas, biomas, biomas (sisa pepejal), hidro kecil, fotovoltaik solar (PV) bagi individu, solar PV untuk bukan individu dan satu kategori baru solar PV bagi masyarakat.

Badriyah berkata, permintaan yang semakin meningkat itu disebabkan ia boleh dijadikan sebagai sumber kewangan tambahan kepada institusi masing-masing. Sebelum ini, Badriyah berkata, kelompok bagi kategori komuniti terpaksa bersaing dengan kategori komersial yang mempunyai latar belakang kewangan lebih kukuh berbanding mereka. “Kita mendengar rungutan daripada mereka berhubung persaingan sengit yang dihadapi dengan kategori komersial. Mengambil kira perkara ini, kita mengasingkan mereka dengan memperkenalkan kategori baru. “Malah, bukan semua permohonan boleh diluluskan sewenang-wenangnya untuk memasuki semua kategori. Mereka perlu memenuhi peraturan dan semua perkara yang dikehendaki dalam syarat permohonan,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, kapasiti maksimum yang akan diberikan kepada setiap permohonan daripada komuniti adalah 24 KW (kilowatt) bagi setiap tapak solar fotovoltan. “Kita meletakkan maksimum 24 KW kerana tidak mahu mereka membuat perniagaan daripada itu,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FiTdapatsambutanhebat/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FiTdapatsambutanhebat//Article/article_print

For more info, kindly email to "solar @ ecosensa.com" or visit http://solar.ecosensa.com

No comments:

Post a Comment